Nostalgia
Biar udara diselebungi nostalgia sepanjang masa
Sesuai ditonton di Mozilla Firefox 1280 X 1024.
Sunday, July 27, 2008, 7:57 AM
Tadi nenek dan anak nenek berbincang mengenai baju yang hendak dipakai untuk Hari Raya tahun ini. Hehehe, puasa pun belum, dah rancang fasal Raya. Sebenarnya anak nenek memang suka merancang dahulu supaya tidak kelam-kabut nanti.
Waktu nenek kecil-kecil dahulu, hidup nenek tidaklah begitu senang. Namun arwah abah dan emak nenek tetap memastikan agar nenek dan adik-beradik yang lain setidak-tidaknya mempunyai sepasang baju baru.
Jelas diingatan nenek semasa emak nenek menjahit baju-baju kami. Dahulu, baju kurung, baju kebaya dan baju bandung memang popular. Walaupun baju kami semua dibuat dari kain yang sama, namun kami tetap megah dapat baju baru untuk Hari Raya. Walaupun baju-baju Melayu dahulu masih di pakai oleh orang-orang sekarang tetapi nenek rasa banyak perubahan yang tidak harus berlaku. Misalnya kain baju-baju kurung dan kebaya sekarang makin jarang rasanya. Dah terpesong dari ketulenan baju-baju tradisional Melayu masa dahulu.
Salam...