Nostalgia
Biar udara diselebungi nostalgia sepanjang masa
Sesuai ditonton di Mozilla Firefox 1280 X 1024.
Saturday, July 26, 2008, 5:00 AM
Namun, nenek amat kecewa sekarang. Di luar sana, kita dapat melihat ramai wanita Melayu yang sarat mengandung masih berada di luar membeli- belah dan sebagainya. Sekarang, wanita- wanita zaman ini sudah tidak memperdulikan tentang kepercayaan itu lagi. Bukan itu sahaja, sekarang juga waktu pantang akan dilupakan. Baru beberapa hari sahaja selepas bersalin, si ibu akan keluar dan tidak duduk di rumah. Pantang juga dilupakan begitu sahaja. Nenek sangat kecewa. Bukan apa, ini adalah sebahagian daripada warisan Melayu kita. Kita harus kekalkan semua ini. Kalau bukan kita siapa lagi?
Nenek menasihati semua cucu- cucu nenek untuk tidak melanggar ini. Termasuklah cucu nenek yang bakal melahirkan cicit nenek. Setakat ini sahaja warkah maya nenek.
Salam
TuanPuan Empunya
Izinkan Nenek perkenalkan diri.
Nenek PutehY
Ibu kepada 5 orang anak.
Nenek kepada 15 orang cucu.
Moyang kepada 1 orang cicit.
Saksi kepada warisan Melayu dahulu dan kini.