Nostalgia
Biar udara diselebungi nostalgia sepanjang masa
Sesuai ditonton di Mozilla Firefox 1280 X 1024.
Friday, July 25, 2008, 8:04 AM
Assalamualaikum...
Hari ini, nenek rasa amat gembira dan ghairah kerana cucu nenek bakal melahirkan cicit nenek yang kedua. Alhamdullilah. Syukur kehadrat Illahi. Nenek dapat melihat anak- anak, cucu- cucu sampai ke cicit. Tetapi, nenek amat bimbang. Bila bab nak melahirkan ini, banyak pantang larangnya. Orang- orang dahulu, bila sudah bersalin, harus jaga diri selama 44 hari. Ini dikenali sebagai waktu pantang. Maknanya, si ibu dimestikan berada di dalam rumah masa itu. Si ibu harus diurut, dibengkung, disapu dengan herba- herba di atas semua bahagian badan. Makanan yang diambil ibu juga harus dipantang dan diambil kira. Makanan seperti ketam, udang, ikan kembong dan makanan yang 'sejuk' haruslah dielakkan kerana takut badan gatal- gatal dan masuk angin kerana makanan sejuk itu. Air juga tidak boleh diminum terlalu banyak kerana dikhuatiri si ibu akan kerap buang air kecil. Kalau tak ikut pantang takut nanti 'bentan' pula...hiksh selisih betul lah!
Nenek hendak siapkan sarapan dahulu ya cu. Kita sambung esok ya cu. Salam...