Nostalgia
Biar udara diselebungi nostalgia sepanjang masa
Sesuai ditonton di Mozilla Firefox 1280 X 1024.
Sunday, July 27, 2008, 8:43 AM
Assalamualaikum cucu nenek...
Nenek dah penat sebenarnya...namun sebelum nenek mengakhiri coretan-coretan nenek kali ini, nenek berharap agar cucu-cucu tidak akan melupakan warisan-warisan Melayu kita. Bak kata pepatah. dahulu.."...jangan Melayu hilang didunia...". Dan bak kata pepatah sekarang...hehehe "...jangan dalam ic sahaja tulis bangsa Melayu tapi warisan Melayu satu pun tak tahu..." hiksh hiksh
Pelajarilah dan hayatilah warisan Melayu dengan lebih mendalam ya cu...insya'allah kita akan berjumpa lagi jika ada kesempatan. Nenek akhiri dengan serangkap pantun...buat renungan kita bersama.
Orang Melayu orang berbahasa
Disanjung tinggi dipijak jangan
Warisan Melayu mari dijaga
Agar ia tidak dicemari zaman
Wassalam...
Nenek Super Cute mengundur diri...
8:34 AM
Alhamdulillah...cucu nenek lagi satu dah kahatam quran. Nenek rasa syukur dan gembira sangat...
Nenek rancang nak sedekah pisang dan pulut kuning di masjid. Inikan warisan Melayu dari zaman moyang nenek lagi. Dulu nenek khatam bila nak kahwin dengan atok hehehe...masa itu nenek dah khatam dua kali.
Nenek rasa warisan pulut kuning ini harus dikekalkan kerana selain dari dapat pahala bila beri orang makan, iapun dapat mengingatkan generasi muda tentang makanan turun temurun yang rasanya makin sukar nak dapat.
Salam...
8:25 AM
Pada zaman dahulu, bila ada majlis orang kahwin acara joget lambak mesti tidak dilupakan. Kenapa namanya joget lambak? Hehehe mungkin kerana orang-orang kampung akan menari beramai-ramai untuk mengakhiri majlis itu. Lagu-lagu Melayu asli akan didendangkan dan kita ramai-ramai akan 'joget berlambak-lambak' sampai penat kaki hehehehe...
Hai tapi itu semua semasa nenek muda dahulu. Masa itu banyak tenaga lagi hehehe. Sekarang ini dah dapat solat lima kali sehari dah syukur alhamdulillah.
Pada zaman sekarang nenek rasa joget lambak dah jarang diadakan malah telah digantikan dengan sesi berkaraoke...setuju tak cu? Dari mula majlis sampai keakhir majlis tak habis-habis orang terpekik-pekik bernyanyi sampai tak dengar suara sendiri bila kita berbual. Haiii...
Salam...
8:13 AM
Hari ini nenek masak kueh kegemaran atok. Apa lagi kalau bukan kueh dadar..eh bukan dadah tau tetapi kueh dadar.
Kueh dadar memang popular dari masa dahulu. Orang-orang kampung suka buat kueh dadar untuk makan petang sambil minum kopi hitam pekat.
Kueh dadar ini senang nak buat. Intinya dibuat dari kelapa parut dicampur dengan gula Melaka. Nenek tak pernah lupa campur lempok durian...hmmmm memang minta ampun sedapnya...
Kulitnya pula nenek gunakan tepung, air, sedikit garam dan pewarna hijau. Masak inti dan dadarkan kulit kueh...kemudian apabila dah sejuk sedikit, bubuh inti dalam kulit yang didadar dan gulung dengan rapi macam popiah. Hah...dah boleh dimakan. Senangkan dan sedap pula tuuuu...
Jangan lupa cuba tau...
Salam...
7:57 AM
Tadi nenek dan anak nenek berbincang mengenai baju yang hendak dipakai untuk Hari Raya tahun ini. Hehehe, puasa pun belum, dah rancang fasal Raya. Sebenarnya anak nenek memang suka merancang dahulu supaya tidak kelam-kabut nanti.
Waktu nenek kecil-kecil dahulu, hidup nenek tidaklah begitu senang. Namun arwah abah dan emak nenek tetap memastikan agar nenek dan adik-beradik yang lain setidak-tidaknya mempunyai sepasang baju baru.
Jelas diingatan nenek semasa emak nenek menjahit baju-baju kami. Dahulu, baju kurung, baju kebaya dan baju bandung memang popular. Walaupun baju kami semua dibuat dari kain yang sama, namun kami tetap megah dapat baju baru untuk Hari Raya. Walaupun baju-baju Melayu dahulu masih di pakai oleh orang-orang sekarang tetapi nenek rasa banyak perubahan yang tidak harus berlaku. Misalnya kain baju-baju kurung dan kebaya sekarang makin jarang rasanya. Dah terpesong dari ketulenan baju-baju tradisional Melayu masa dahulu.
Salam...
Saturday, July 26, 2008, 7:43 AM
Orang-orang Melayu dahulu yang duduk di sesebuah kampung selalu mengadakan acara dondang sayang bersama-sama. Mereka akan berkumpul di sebuah tempat lapang dan mereka akan berdondang sayang. Nenek amat rindukan zaman itu.
Waktu dahulu, dondang sayang akan didendangkan di majlis perkahwinan juga. Jika sekarang kita akan berkaraoke di majlis perkahwinan, namun waktu dahulu orang-orang kampung yang datang menghadiri majlis perkahwinan akan dihiburkan dengan dondang sayang. Hehe...sebenarnya, nenek ni memang minat sangat dengan dondang sayang. Waktu dahulu, nenek dan datuk akan berdondang sayang di dalam rumah. Nasib baik jiran kami tidak marah nenek dan datuk. Hehe...malu betul nenek dibuatnya.
Teringatkan masa silam yang manis ini betul-betul menghairahkan nenek. InsyaALLAH nenek akan berkongsi lebih banyak cerita tentang warisan Melayu kita ya. Setakat ini sahaja.
Salam.
7:18 AM
Assalamualaikum...
Atok atok hiksh hiksh hiksh...
Walaupun dah berumur, atok tetap suka bernyanyi dondang sayang. Sebenarnya nenek pun suka juga. Nenek dan atok suka selitkan pantun nasihat gubahan sendiri dalam lagu-lagu dondang sayang kami.
Nenek berasal dari keluarga Tionghua tetapi dibesarkan oleh keluarga Melayu sejak kecil lagi sebagai anak angkat. Walaupun nenek diajar tentang mematuhi agama Islam, arwah abah dan emak nenek suka mengajar anak-anak mereka bernyanyi dondang sayang. Dari situlah nenek semai minat terhadap dondang sayang. Mari nenek nyanyikan sikit.
"Malam raya malam yang indah...orang sibuk rebus ketupat.
Malam raya malam yang indah...orang sibuk rebus ketupat...
Wahai cucuku orang yang gagah...kawan ramai...
Warisan Melayu jangan dilupa...jangan lupakan."
Hehehe hah...sedap tak pantun dondang sayang nenek ni?
Salam...